Wednesday, September 21, 2005

wedding bells

i dumped fish. haha. he had so much trouble saying no to me that i decided to put him out of his misery. sidney said he wouldn't mind being my second husband so i accepted him. then yesterday he proposed to me. and that was the happiest moment of my life. lol. imu is so boring we resort to fake marriages for entertainment.

so, about my new fiance...he just found out about my blog so hi sidney!(if he bothers to come read it). we spent dinner/suppertime last night competing with yun and fish to be the best 'couple'. i won't go into details, but it involved feeding each other and some mushy name-calling, and then the vista c guards looking slightly disgusted. hahaha

i'm bored to death here trying to write my 250 word bm essay entitled 'erti kemerdekaan kepada saya'. i think i'll pull a vanessa and copy my whole crappy essay here just for fun. i think it's seriously out of topic but i'm just trying to make it to 250 lousy words. enjoy. or not. it's really too boring to read. :P

Erti kemerdekaan kepada saya.

31 Ogos 1957 merupakan hari yang bersejarah bagi negara kita. Pada hari tersebut, 48 tahun dahulu, Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan. Pada 16 September 1963 pula, Sabah dan Sarawak telah diberikan kemerdekaan apabila meneyertai Malaysia. Namun demikian, 31 Ogos masih dianggap sebagai hari kebangsaan Malaysia.

Kemerdekaan melambangkan kebebasan rakyat Malaysia. Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia tidak lagi dikongkong oleh pihak penjajah. Pihak British tidak lagi berhak campur tangan dalam hal-ehwal negara kita. Rakyat Malaysia mempunyai hak pemerintahan sendiri. Ini amatlah penting kerana hanya rakyat Malaysia memahami keperluan kita sendiri.

Kemerdekaan juga bermaksud perpaduan. Selepas mencapai kemerdekaan, perpaduan di antara semua kaum dan bangsa dapat dicapai kerana pihak penjajah tidak lagi memecahbelahkan kaum-kaum berlainan berdasarkan pekerjaan dan darjat sosial mereka. Kerajaan telah banyak berusaha untuk mengeratkan hubungan antara semua kaum demi mengekalkan keamanan di negara kita.

Oleh itu, kemerdekaan turut membawa maksud kedamaian. Selepas peristiwa 13 Mei, 1969, rakyat Malaysia telah hidup dalam keadaan aman dan damai. Semua kaum mengamalkan nilai toleransi dan kerjasam. Perusuhan kaum tidak lagi terjadi. Sebaliknya, banyak perkahwinan antara kaum berlaku dan lahirlah masyarakat majmuk yang menjadi identiti Malaysia.

Kemerdekaan juga merupakan sesuatu untuk diraikan. Perayaan Hari Merdeka pada setiap tahun mengingatkan kita terhadap jasa pahlawan dan pejuang negara. Tanpa usaha dan semangat mereka, negara Malaysia yang kita cintai ini mungkin tidak akan wujud pada hari ini.

Hakikatnya, kemerdekaan melambangkan kebebasan, kedaulatan, kebanggaan dan kejayaan setiap warganegara Malaysia. Oleh itu, kita perlulah mempunyai semangat patriotisme dan perasaan cinta terhadap tanahair kita.

243 words. i give up.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home